Tampilkan postingan dengan label Hiburan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Hiburan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 25 Juli 2012

13 Gambar Fizo Omar Menunaikan Umrah


..










.Ketika seluruh umat Islam di seluruh negara menjalani ibadah puasa yang masuk hari keempat har ni, di saat ini juga, pelakon kacak Fizo Omar berada di Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama ibunya yang tersayang.

Fizo berangkat ke sana pada 19 Julai lalu dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 26 Julai ini.

Dalam pada menjalankan ibadah, sejak hari pertama menjejak kaki di sana, Fizo tak lupa berkongsi beberapa keping foto menarik yang sempat dirakamkannya. Antara tempat-tempat tersebut seperti permandangan indah di masjidil haram ketika di subuh hari, di Jabal Rahmah, di ladang Hudaibiyah Onta dan menara Zam Zam

Berikut gambar-gambar yang dikongsikan Fizo menerusi laman Twitternya untuk tatapan peminat semua!

.






..


..


..


..


..


..


..


..


..


..


..





-Malaysiadigest



5 Album Kompilasi Lagu Raya Kini di Pasaran!







Belum pun cukup seminggu kita semua
menjalani ibadah puasa. Tapi nampak ramai yang sudah mula pening
kepala-pitam-muntah darah memikirkan persiapan raya, kan... Hah? Anda
belum lagi sampai ke mood itu? Bagus! Teruskan fokus anda mahu puasa
penuh tahun ini. Selamat berpuasa.


Apapun, jangan biarkan bahang pilihan
raya yang semakin hampir ini mematikan semangat raya anda, nanti!
Lupakan segala sengketa sesama ‘bangsa dan agama’ dan sambutlah
Aidilfitri kali ini dengan penuh kemeriahan bersama! Khas daripada
Warner Music Malaysia, terimalah 5 album istimewa dengan rangkaian lagu
raya yang bakal menceriakan Aidilfitri anda!




.


Pilihan Hari Raya memuatkan sebanyak 23 buah lagu raya oleh
barisan artis popular lama dan baru tanah air. Antara lagu-lagu raya
terbaik pilihan sepanjang zaman adalah Selamat Hari Raya dendangan
Saloma, juga Salam Aidilfitri, sebuah lagu yang dipopularkan oleh Jamal
Abdillah. Tidak lupa juga Dari Jauh Ku Pohon Maaf oleh Sudirman, lagu kegemaran ramai Dendang Perantau oleh P Ramlee, Tangan Kuhulur Maaf Kupohon oleh Al Mizan, serta banyak lagi lagu yang tidak kurang hebatnya!!

Tidak lengkap sambutan Hari Raya tanpa kehadiran lagu baru. Bagi memperkayakan khazanah sebuah lagu baru bertajuk Kemaafan Lebaran
yang menampilkan Firdaus berkolaborasi dengan Faris (Awanband) dan Youk
(Bunkface). Meriahkan Aidilfitri anda dengan album kompilasi terbaru
oleh Warner Music Malaysia ini yang boleh didapati dalam bentuk VCD
dengan harga hanya RM20.90!








.  














Eid Mubaraq merupakan sebuah album kompilasi lagu-lagu
nasyid raya dan ramadhan mala segar, yang tentunya lain daripada yang
lain!! Sebanyak 34 buah lagu yang dimuatkan dalam album ini dengan
menampilkan artis-artis seperti Raihan, Rabbani, Ramli Sarip,
Nowseeheart, Ajai, Aris, Yasin, Ayai, M. Nasir dan 2 kumpulan nasyid
wanita iaitu Al Mizan dan Hidayah. Tidak lupa juga, Sharifah Aini dan
Uji Rashid. Dapatkan Eid Mubarak hanya dengan harga RM 27.90 sahaja!








..

















Gema Aidilfitri, merupakan sebuah album kompilasi lagu-lagu
raya yang belum dikegorikan sebagai klasik tetapi bakal menjadi lagenda
atas permintaan ramai dan semakin banyak dikeudarakan pada musim hari
raya sebelum ini. Album yang memuatkan sebanyak 28 buah lagu ini
menampilkan artis-artis terkenal seperti Jamal, Azlina, Uji Rashid, Jay
Jay dan ramai lagi. Boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat
dengan harga RM 27.90 sahaja











..















Memandangkan sekarang ni setiap tagline nak ada 1Malaysia, hah album raya yang ini judulnya Satu Syawal 1Malaysia.
Buat kali pertama lagu-lagu hari raya daripada P.Ramlee, Saloma, M.
Nasir, Jamal Abdillah, Sudirman, Azlina Aziz, Al Mizan dan Aishah
disatukan bersama dalam satu album. Ini merupakan sebuah album kompilasi
raya terbaik sepanjang zaman! Sebanyak 32 buah lagu-lagu hari raya
kegemaran sepanjang zaman disatukan dalam sebuah album kompilasi raya
terbaik dan sangat klasik! Terdapat beberapa lagu yang dirakamkan dalam
era 60-an. Terbaik! Turut menampilkan sebuah lagu hari raya terbaru
daripada Johan Raja Lawak. Album ni boleh didapati di pasaran dalam
bentuk cakera padat dengan harga RM 19.90  hanya daripada Warner Music
Malaysia! Album ini juga boleh didapati dalam bentuk VCDdengan harga
hanya RM20.90!













sumber : malaysiandigest



Lisa Surihani Jual Pakaian Preloved (Pra-guna)





Semakin ramai nampaknya berminat dengan barangan preloved atau pra-guna dan semakin ramai jugalah yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan menguntungkan ini.

Pelakon popular, Lisa Surihani misalnya merupakan salah seorang daripada individu yang berminat dengan perniagaan preloved apabila dia sanggup menyumbangkan baju kurung pra-guna miliknya untuk dijual secara online.

Menggunakan medium laman web friendlyfashion.my iaitu laman web beli-belah terbaik tahun ini, pelakon Ombak Rindu itu telah menyertai kempen For the Love of Preloved di mana hasil jualan pakaian preloved miliknya akan disumbangkan bagi tujuan kebajikan.

"Sudah lama saya teringin menyertai usaha yang menarik minat saya. Antara usaha tersebut termasuklah berkongsi pakaian pra-guna saya di friendlyfashion.my kerana ia membolehkan saya berhubung dengan gadis-gadis lain yang lebih gemar berkongsi pakaian berbanding menyimpannya dalam keadaan tidak dipakai," katanya dalam satu kenyataan.

Menyertai Lisa Surihani bagi menjayakan kempen berkenaan ialah personaliti TV, Rina Omar,pelakon Sharifah Sofia dan juga Belinda Chee.

Pentadbir laman web berkenaan, Diyanah Hashim berkata pihaknya mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada golongan selebriti sekali gus menjadi faktor bagi kejayaan kepada kempen berkenaan.

"Semestinya, kami cuba untuk mendapatkan lebih banyak selebriti untuk turut serta dalam usaha kami ini kerana sambutan yang kami terima setakat ini sangat baik.

"Walaupun baru sehari dilancarkan, tapi dua helai baju kurung Lisa Surihani telah pun dijual. Nasib baik kami mengemas kini setiap hari, agar ada baju untuk dijual sepanjang bulan Ramadhan ini," kata Diyana Hashim.

Sementara itu, pengacara TV, Rina Omar berkata tiada gunanya untuk menyimpan pakaian yang tidak lagi digunakan. Sebaliknya lebih baik menjualnya atau diberikan kepada orang lain yang dapat memakainya.

"Saya akan memberikan dua helai baju kurung saya yang sebenarnya sangat saya gemari, tetapi saya sudah tidak muat. Saya berharap akan ada seseorang yang dapat menjaga baju kurung tersebut dengan baik kerana baju-baju tersebut begitu istimewa buat saya," katanya.

Friendlyfashion.my yang baru-baru ini telah dianugerahkan 'Online Shop of the Year'' oleh DiGi WWWOW Awards.

Semua keuntungan kempen itu akan disumbangkan kepada Women's Aid Organization. Untuk menyokong kempen Love for Preloved, sila layari www.friendlyfashion.my . -murai.com.my-



Anugerah BlockBuster 2012: Aaron Aziz, Zizan Sah Menang?




Walaupun masih belum ada kata putus daripada pihak penganjur sama ada filem Nasi Lemak 2.0 layak dipertandingkan di Anugerah Blockbuster 2012 atau tidak, namun portal terkenal murai.com.my mendapat tahu ramai yang sudah membuat ramalan tentang pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan di dalam anugerah tersebut.

Lebih-lebih lagi nama pemenang dipilih seratus-peratus berdasarkan undian SMS dari peminat. Walaupun pihak penganjur akan mencalonkan 10 nama untuk setiap kategori sebelum memilih calon Top 5, rasa sudah secara automatiknya calon Top 5 untuk kategori Hero Popular sudah ada senarainya.

Mengikut ramalan portal tersebut, 5 calon sah yang akan berada dalam kategori ini adalah Aaron Aziz, Zizan Razak, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Bront Palarae. Malah, merasakan kemenangan hanya akan berpihak kepada Aaron Aziz atau pun Zizan Razak saja.

Ramalan ini bersandarkan Aaron Aziz yang baru saja memenangi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2012 yang dianjurkan baru-baru ini. Begitu juga Zizan yang memenangi kategori pengacara popular dan banyak muncul sebagai hero filem.

Selain kategori hero, kategori pengarah juga seperti sudah dapat dibaca kerana ia mencalonkan 3 pengarah yang menjadi kegemaran ramai iaitu semestinya ada Syamsul Yusof, Piere Andre dan Farid Kamil.

Apapun, kami yakin sesuatu kejutan akan berlaku sekiranya peminat bijak menilai. Malah, kami yakin dengan kata-kata pencetus anugerah ini iaitu Norman Abdul Halim yang mengatakan anugerah ini seperti kempen pilihanraya untuk mereka yang melibatkan diri dalam bidang perfileman tempatan. -murai.com.my-



Akibat Khabar Angin Zed Zaidi Kemalangan, PrayForZedZaidi Jadi Trending Topic di Twitter




Awal tengah malam semalam, menerusi perkhabaran oleh beberapa sumber menyampaikan yang pelakon Zed Zaidi terlibat dalam kemalangan yang agak dahsyat.

Dan kalau dilihatkan kepada sekeping foto yang tersebar luas laman Twitter ketika itu, memang nampak keadaan Zed Zaidi sangat parah dan menimbulkan kerisauan di hati peminat.

Ini terbukti apabila hashtag #PrayForZedZaidi menjadi trending topic di Twitter dalam masa kurang sejam sebelum berita sebenar sampai ke pengetahuan umum.

Bagaimanapun beberapa pihak yang rapat dengan Zed Zaidi mengesahkan kemalangan yang didakwa terjadi itu hanyalah sebahagian daripada babak lakonan untuk sebuah drama.

Jadi, kepada peminat semua tiada apa yang perlu dirisaukan buat masa ini kerana apa yang terjadi kepada Zed Zaidi awal pagi tadi merupakan satu salah faham. Saja bikin suspen... (malaysiandigest)



Ya, Saya Sudah Punya Kekasih! - Bront Palarae





Sukar sebenarnya untuk berselindung di kala hati sedang diulit cinta. Barangkali, itulah yang dirasai aktor kacak, Bront Palarae hingga akhirnya dia membuat pengakuan bahawa sebenarnya sudah punya kekasih hati.

Begitupun, Bront Paralae yang cukup berhati-hati untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum itu berkaTa dia lebih selesa tidak begitu terbuka bercerita mengenai kekasih yang selama ini dicintainya.

"Sebagai seorang manusia yang normal, saya akui saya sedang mencintai dan dicintai oleh seorang wanita yang selami ini menjadi kekasih saya. Namun, saya tidak selesa jika kisah peribadi saya diketahui umum kerana saya juga seperti manusia biasa yang mahukan privasi.

"Lagipun, saya tidak nampak apa fungsi saya bercerita mengenai kisah peribadi kepada umum kerana ia tidak memberi kebaikan kepada sesiapa pun. Walau bagaimana pun, saya tidak akan berselindung untuk memberitahu umum bila kami ditakdirkan akan berkahwin nanti" katanya ketika dihubungi.


Menurut pelakon Jiwa Taiko ini lagi, cukuplah dia berkongsi mengenai kariernya kerana dia berpendapat peminat selama ini meminatinya hanya atas dasar meminati lakonannya sahaja dan bukan dirinya secara peribadi.

"Saya rasa peminat lebih suka hendak tahu mengenai karier saya berbanding peribadi kerana mereka meminati lakonan saya dan bukan diri saya. Malah mereka mengenali saya hanya menerusi lakonan saya dan bukan diri saya sebenar.

"Jika ada yang sukakan saya dan hendak bergambar dengan saya, itu saya hargai kerana maksudnya mereka mahu jadikan gambar itu sebagai cenderahati daripada karakter yang saya bawakan di dalam mana-mana drama atau filem," jelasnya lagi.


Mengenai perkembangan Bront yang lain, dia kini berada di Terengganu bagi menjalani penggambaran filem Jwanita arahan Osman Ali bersama pelakon lain seperti Maya Karin, Cristina Suzanne dan ramai lagi sejak 3 minggu lalu. -murai.com.my-



Sifat Panas Baran Sharnaaz Beri Kesan Buruk


 


Sharnaaz Ahmad

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad berazam untuk mengawal sikap panas barannya disebabkan kekasihnya, penyanyi Shila Amzah agak kurang gemar dengan tabiat buruk itu.

Sharnaaz berkata, dia sedar sikapnya yang mudah melenting menunjukkan sifat dirinya yang kurang matang dan boleh memudaratkan daripada segi kesihatan dan kawalan diri.

"Memang saya seorang yang sangat panas baran dan mudah melenting. Pada mulanya Shila agak terkejut dengan tabiat buruk saya itu. Namun, dia terima saya seadanya.

"Apabila melihat Shila sanggup menahan tabiat buruk ini, saya berazam untuk berubah untuk diri, keluarga dan dia," katanya yang dihubungi mStar Online di sini Rabu.

Tambah Sharnaaz, dia berharap agar perubahan itu juga dapat menjadikannya kepada seorang yang lebih matang dan sabar dalam setiap dugaan yang dilalui.

Sementara itu, Sharnaaz memberitahu, sejak menjalinkan hubungan cinta dengan Shila, pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui oleh mereka berdua.

Lebih-lebih lagi apabila gosip kemesraan mereka yang dianggap tidak manis dipandang orang membuatkan keluarga kedua-dua belah pihak turut dikritik sehinggakan ada yang meminta mereka agar segera bernikah.

"Walaupun terpaksa menempuh halangan iaitu kata-kata orang yang tidak senang dengan hubungan ini, kami masih lagi kuat untuk meneruskan percintaan ini.

"Berita-berita negatif yang dipaparkan di akhbar mengenai perhubungan ini juga sudah membuatkan kami lali dan tidak kisah dengan apa yang orang ingin katakan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz berkata, bulan Ramadan yang dilalui pada tahun ini begitu padat apabila dia terpaksa memenuhi banyak tawaran berlakon.

Malah, seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, Sharnaaz akan memulakan penggambaran filem Darah Panas, terbitan White Merpati Sdn Bhd.

"Alhamdulillah, ini semua rezeki daripada Tuhan. Saya percaya keikhlasan pasti akan dibalas dengan keberkatan.

"Walaupun diduga dengan pelbagai kontroversi, saya bersyukur kerana masih lagi berdiri kukuh untuk terus maju dalam karier," ujarnya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem Bila Kerbau Berkubang, terbitan Astro. -mstar-