Rabu, 25 Juli 2012

Anugerah BlockBuster 2012: Aaron Aziz, Zizan Sah Menang?




Walaupun masih belum ada kata putus daripada pihak penganjur sama ada filem Nasi Lemak 2.0 layak dipertandingkan di Anugerah Blockbuster 2012 atau tidak, namun portal terkenal murai.com.my mendapat tahu ramai yang sudah membuat ramalan tentang pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan di dalam anugerah tersebut.

Lebih-lebih lagi nama pemenang dipilih seratus-peratus berdasarkan undian SMS dari peminat. Walaupun pihak penganjur akan mencalonkan 10 nama untuk setiap kategori sebelum memilih calon Top 5, rasa sudah secara automatiknya calon Top 5 untuk kategori Hero Popular sudah ada senarainya.

Mengikut ramalan portal tersebut, 5 calon sah yang akan berada dalam kategori ini adalah Aaron Aziz, Zizan Razak, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Bront Palarae. Malah, merasakan kemenangan hanya akan berpihak kepada Aaron Aziz atau pun Zizan Razak saja.

Ramalan ini bersandarkan Aaron Aziz yang baru saja memenangi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2012 yang dianjurkan baru-baru ini. Begitu juga Zizan yang memenangi kategori pengacara popular dan banyak muncul sebagai hero filem.

Selain kategori hero, kategori pengarah juga seperti sudah dapat dibaca kerana ia mencalonkan 3 pengarah yang menjadi kegemaran ramai iaitu semestinya ada Syamsul Yusof, Piere Andre dan Farid Kamil.

Apapun, kami yakin sesuatu kejutan akan berlaku sekiranya peminat bijak menilai. Malah, kami yakin dengan kata-kata pencetus anugerah ini iaitu Norman Abdul Halim yang mengatakan anugerah ini seperti kempen pilihanraya untuk mereka yang melibatkan diri dalam bidang perfileman tempatan. -murai.com.my-



Tidak ada komentar:

Posting Komentar